assalamu'alaikum . ! :)

bebunga selasih berona merah..harum wanginya citra pesona..terima kasih sudikan ziarah..walau ianya tak seindah mana..

Tuesday, January 13, 2015

kata-kata.

Bismillahirrahmanirrahim 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. 


A : "aaaahhh. kau pendosa. kau tahu tak apa yang kau buat tu dosaaa?!?"
jeritan kuat.
 menusuk tajam. 
merobek dalam.

B; "aaku.. akuu tersilap. tolongg aku" . tangannya menekup muka, berderai air mata. 

A: "ah, aku takdelah kawan pendosa macam kau". pandangan sinis. senyum kelat. jalannya pantas kehadapan, meninggalkan rakannya terpinga-pinga di belakang.

buntu. nafasnya seakan ternoktah begitu. 

langit indah. subhanallah :)


okay. sebenarnya perkara ini berdasarkan cerita sebenar rekaan je. takde kaitan dengan sesiapa. 
tapi, sangat dekat dengan diri kita sebenarnya. 

pelaku A : diri kita, ye, diri kita semua. 

pelaku B : seseorang yang hadir, yang kita terperasan kehadirannya dalam hidup kita. dia tersilap langkah. minta bantuan. nak sangat buang jauh-jauh perkara tak baik. nak sangat. tapi, dimarah, dilabel. 

"jeritan" : suatu lantunan suara yang kuat. dalam konteks zaman sekarang ni, yang paling superb dan hebat pantas tuntas ala boboiboy lantunan kata-kata di alam maya. secara terbuka. meluas ditatap manusia. 


dia tersilap mungkin sebab dia tak sedar itu silap. 
jadi tegurlah baik-baik (:

"aku sebagai sahabat nak nasihatkan kau. sebab tu aku buat status kat facebook tu untuk sedarkan kau."

haih. macam takde cara lain. -_-'

tapi,
 jika benar dia ingin menasihatimu, dia tidak akan mengaibkanmu.

realiti kini. 
sadis. 
menyentap jiwa.
 pendosa diherdik hina. 
seakan tidak layak lagi untuk bernyawa. 

bukankah boleh kita nasihat, sejujurnya, sebaiknya tanpa penghinaan? 

ya, marah bersederhana. marah kerana dosa(perbuatan) itu, bukan kepada pendosa (manusia). 

kita pun hamba Allah. layak ke nak judge sangat? sikit pun tak layak kot. 

tautkan hati asalmu. menyeru ke jalan Allah dengan berhikmah. 

boleh jadi apa yang kamu katakan itu menjadi penyebab dia makin jauuh, jauh dari-Nya. 

Nauzubillah.
 Ampuni kami Ya Allah Ya Rahman.



p/s : maafkan saya jika tersalah kata. tergurlah. semua nak jadi baik. sama-sama nak jadi baik. semoga Allah redha. 

*ingatan juga buat diriku yang sering terlupa T.T



Friday, July 12, 2013

setiap nikmat itu ujian =)


Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Segala puji bagi Allah,, Tuhan sekalian 'alam..

selawat dan salam buat Rasul Junjungan tercinta, Nabi muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat baginda seluruhnya :)

alhamdulillah, Allah memberi peluang untuk hidup pada hari ini,, peluang untuk sentiasa menghambakan diri pada-Nya,, peluang untuk menjadi insan yang sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan,, 


"hari ini lebih baik daripada semalam". insya-Allah ^_^

hm, semalam (11 Julai 2013), keputusan permohonan ke IPTA bagi pelajar lepasan STPM 2012/Setaraf telah diumumkan,, (semak online) =D

berdebar-debar rasa,,buka laman web tergendala *hang* , jadi gunalah cara alternatif.. tunggu punya tunggu,,punya tunggu.. 



akhirnya,,debaran berakhir juga...huhu

                                                                    . . . . . . . 

ALHAMDULILLAH,, Segala puji bagi Allah.. permohonan saya telah berjaya, dan mendapat tempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, bagi pengajian Sarjana Muda sains Sosial (kerja Sosial). alhamdulillah.. :)

bagi sahabat-sahabat yang berjaya,, tahniah diucapakan.. tapi,, jangan mudah leka dan terlupa dengan nikmat peluang ke menara gading ini.. *nauzubillah.. hm,  nikmat ni kan ujian juga,, Allah nak tengok kita bersyukur ke tak dengan apa yang DIA beri.. :)  *jangan lupa buat sujud syukur, tanda syukur seorang hamba kepada Pencipta Yang Maha Esa.. 

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. ( Saba’ : 13 )

bagi yang belum berjaya,, jangan putus asa., sabar ye sahabat2.. Insya-Allah ada rezeki terbaik yang akan menanti.. kadang2,, Allah lambatkan sesuatu yang kita ingini,,dan sampai masa,, pasti Allah akan beri rezeki =) tapi jika apa yang kita ingini tidak dapat,,mungkin Allah akan gantikan dengan sesuatu perkara yang jauh lebih baik.. mesti yakin,,dan redha =) 


"Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

                                                              


'YELAH KAU DAPAT U, SENANGLAH CITE BAGAI KAT AKU, CUBA KAU TAK DAPAT, AGAK2 APA YANG KAU RASA?!?"


*     *    *

senyum kejap..teringat kembali kenangan lama.

:)

sebenarnya,,impian untuk menjadi pelajar UKM dan mana2 ipt ada sejak tingkatan 3 lagi..

tapi,,masa zaman lepas SPM dulu.

bila semak je permohonan maktab,
"HARAP MAAF, PERMOHONAN ANDA TAK BERJAYA".




ok,,tenang wahai aisyah. upu n matrikulasi kan ada :) *bisik hati

bila semak kedua2 permohonan tu,, 

"HARAP MAAF, PERMOHONAN ANDA TAK BERJAYA".

"...."

"eleh, tak sedih lah" <--jawapan p="" saje..="" tipu..="">
 hehe



sudah tentu saya dapat memahami rasa hati sahabat2 yang mempunyai nasib yang sama.. :)


mulai hari itu,, saya sambung ke tingkatan 6 dengan redha dan hati terbuka, sebab hanya itu sahaja yang saya dapat.. *best tau form 6,,hehe :)



dan alhamdulillah,, Allah 'ganti' rasa sedih  dengan rasa gembira hari ini. 

semoga Allah memberikan kekuatan kepada semua sahabat2,,dalam menempuh hari-hari mendatang yang lebih mencabar.. insya-Allah..









p/s : nikmat bahagia dan gembira itu ujian,,sebaliknya juga ujian...
        usah putus asa dengan Rahmat Allah ^_^
       peringatan juga buat diriku yang sering terlupa.. =)






Sunday, December 25, 2011

monolog dengan si aisyah , a.k.a. diri sendiri . :)

. . .Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . .

kenapa ek ?
saya pun tak tahu .
kenapa saya sering tertanya.,
perkara yang sudah tentu ., sudah pasti jawapannya?

saya pun tak tahu,
kenapa saya ni selalu sangat suka nak jadi macam orang lain,
~eh,kenapa, awak ni tak bagus ke macam orang lain, aisyah?

entahlah,
saya pun pelik sangat,
sebab,
saya selalu cemburu dengan orang lain ,
orang lain, pandai berkawan, cantik , pandai masak, pelajar cemerlang ,
sampai saya selalu terfikir perkara buruk tentang orang lain tu, jahatkan?
Astagfirullah .
hmm.. kenapa ye ? saya nak tahu sangat . T_T

~ tiba2,, terlintas di hati , ,,

"haa,, awak nak tahu ke aisyah ?
betul ni awak nak tahu?
ok.. ni jawapannya .
senang je .
cuba awak tengok hati awak.
selalu tak awak bersyukur?
selalu tak awak ingat kat DIA bila awak gembira?
selalu tak awak ingat kat DIA bila awak sedih?
selalu tak awak ingat kat DIA bila awak rasa marah?

 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
mesti TAK SELALU, KAN? BETUL TAK?

itulah sebabnya.
~awak tak selalu bersyukur dengan apa yang ada pada diri awak, aisyah.

~awak tak selalu ingat adanya hadiah kifarah bila awak awak ditimpa musibah .

~awak tak selalu ingat yang awak perlu tahan diri dari marah, jauhi hati dari iri hati, sebab itu bukan ciri orang yang bertakwa.

~awak tak selalu ingat, yang Allah sentiasa berada di samping awak, tak kira apapun keadaan awak, siapa pun awak .,

~dan.. awak tak selalu ingat, yang apa pun yang awak lalui, semuanya ketentuan ALLAH untuk awak? kenapa perlu awak menolaknya?

saya tahu,, awak sebenarnya INGAT, tapi KADANG2 awak TERLUPA . 
(^_^)" betul kan?

takpe , kita manusia yang tak sempurna. kena SELALU DIINGATKAN DAN MENGINGATKAN diri sendiri dan orang lain . ok . , ni saya ingatkan awak balik aisyah,

~selalu lah bersyukur, dengan segala nikmat kurniaanNYa,, cuba menjadi diri awak sendiri dengan terbaik ,

~selalulah insafi diri, segala kelemahan dan kekurangan tersebut adalah pemangkin semangat awak . jangan toleh hari semalam, sebab adanya esok untuk awak . kita boleh berusaha, kaut ilmu yang berguna sebanyak mungkin .

ok? (^_^)

jadi, selalukan perkara yang tak selalu tu , ok ? ^^_



         tiba2 . rasa bersalah . sedih. 

alhamdulillah . terima kasih YA ALLAH,,
dengan segala kurniaan MU kepada ku,
terima kasih , YA ALLAH ,
kerana mengizinkan hambaMU yang tersangat hina dan lemah ini, untuk terus hidup , masih lagi bernafas pada hari ni.
ampuni aku, YA TUHAN YANG MAHA PENGAMPUN,
atas segala kekhilafanku,, sesungguhnya aku yang mekhianati diriku sendiri sekiranya aku terus berada di alam kelam tanpa cahayaMu.. T__T


~ kadang2, refleksi melalui monolong dengan diri sendiri cara yang terbaik, kan? :)

**peringatan buat diriku yang terlupa . (^_^)"**

Tuesday, December 20, 2011

cintai mereka .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. 

Assalamu'alaikum :)


~ di saat kita gembira bercerita bersama sahabat , tapi ,
adakah kita selalu menceritakan cerita gembira kepada "mereka" ?

~ di saat kita setia mendengar masalah sahabat kita,, sehabis daya , cuba membantu , tapi ,
adakah kita pernah cuba mendengar permasalahan , kekecewaan yang "mereka" alami ?

~ pada waktu kita sibuk mencari - cari sahabat setia , sahabat terbaik bagi kita , tapi , 
adakah kita tidak sedari , , "mereka" sentiasa setia di sisi kita , "mereka" lah sahabat yang terbaik sebenarnya?

~  "mereka" yang selalu membahagiakan hidup kita  tapi
   adakah hidup "mereka" selalu kita bahagiakan ?


              **"mereka" -->; mak dan ayah tersayang . . (^_^)"**

                                                             

 ~cuba check hati , muhasabah diri , dan cuba berikan yang terbaik untuk mereka yang meniti usia emas , ,selagi jantung kita masih berdegup , selagi mata mereka belum tertutup . . :)


~ raise our hands , and recite the do'a for them :




**" the miracle thing is . . even though they're not perfect , as human being , but our parents always love us perfectly" **

                         diriku
**peringatan buat / yang terlupa **  :)

Monday, December 19, 2011

musim cuti yang nak habis . :(

23 Muharram 1433 Hijrah . ^^
                           
بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum . :)

*hmm~ dah lama rasanya tak ziarah blog yang tersayang ni . :)
*sekarang ni,, waktu semakin terhad rasanya . yelah,, dah nak naik sekolah . (:
*kerja sekolah yang sentiasa menemani waktu cuti memang terbaik ! ^^_
*cuti dah nak tiba penghujung  . . . . . .  :'(  hehehe~
*jadi , teruskan usaha menyiapkan tugasan anda ye ! ^^_

                                            




**ikhlaskan hati . menuntut ilmu kerana Allah~ (^_^)"

Friday, March 25, 2011

hikmah tak tersingkap

                                بسم الله الرحمن الرحيم


assalamu'alaikum..


 detik demi detik ku hitung, menanti tiap saat yang berlalu..
dan.. hari itu., tiba juga akhirnya.. ^^,




          pada 23 Mac 2011 yang lepas.., semua murid lepasan SPM 2010 memperolehi keputusan peperiksaan masing-masing.. ada yang gembira,,menangis.. adat manusia.. saya juga tidak ketinggalan mengambil slip peperiksaan tersebut. alhamdulillah..syukur.. saya telah berjaya menamatkan persekolahan hingga tingkatan 5.. 


  secara jujurnya.., pada mulanya saya tersangat kecewa dengan keputusan peperiksaan tersebut.., memandangkan impian dan hasrat sebenar tidak tercapai..


di saat itu juga.., saya terlihat begitu ramai rakan seperjuangan yang nasib mereka  tidak bernasib baik daripada saya.. air mata penghias wajah.. rasa bersalah mencengkam diri yang alpa ini.. alangkah tidak bersyukurnya...astagfirullah..!! "Ya Robb.., ampunilah hamba-Mu ini..!".. 


jika kita tanya sesiapa sahaja.., siapakah yang mahu gagal dalam hidup..? sudah tentu tiada siapa yang mahu merasainya.. tetapi,, setelah itu saya menyedari.., betapa saujananya Cinta-Nya..!! DIA memberikan saya peluang untuk merasai kegagalan supaya saya menjadi lebih kuat ...sentiasa gigih dan terus berusaha..!!  Redha segala ketentuan-Nya.. sedaya upaya mencari hikmah yang tak tersingkap dek kegagalan yang dihadapi... 


   






**tiada kejayaan tanpa kegagalan.., Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakkal.. terimalah seadanya apa yang Allah anugerahkan kepada kita..**  ^^,
syukran Ya Allah.. Alhamdulillah..

Friday, January 21, 2011

lapangan masa, isi ke??

                                                             بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum..

semenjak menjadi "sura rumah" ni.. terlalu banyak masa lapang yang kadang kala "dibazirkan" secara tidak sengaja..* tak bermaksud hanya duduk2 ala VIP yek..huhu.. tapi.., masa itu terlalu berharga dan perlu diisi dengan lapangan kerja yang berfaedah. kalau tak, akan disoal nanti.. apa yang telah kita kerjakan semasa kita hidup, kan??

      mungkin..,sesiapa sahaja seperti saya yang meniti usia belasan tahun terakhir, agak sukar untuk mengisi masa lapang dengan sebaiknya. apatah lagi di zaman kecanggihan teknologi sekarang ini, para remaja lebih suka aktiviti maya macam  menghadap Facebook.., Twitter, Friendster dan sebagainya daripada melakukan aktiviti yang bersifat realiti yang terlalu tinggi nilai baiknya - membaca buku, berkebun dan sebagainya. sokong?? 

                                      macam ulat pc??       

saya tak nafikan., saya juga "menggilai"  aktiviti maya sebegini- chating, ber'fb'.tetapi, tidak sampai peringkat obsesi. tahukah anda, sebenarnya  ada di antara kita agak malu sekiranya ayat sebegini dilontarkan - "awak tak tahu ber'chatting' ke?"  atau "kolotnya awak., ym n fb pun tak tau pe benda'". betul tak? siapa yang mahu tertinggal dalam arus teknologi yang semakin deras bukan?  tetapi.., aktiviti maya ini tidak perlu dijamah bagaikan nasi atau umpama mesin hayat kita, sebaliknya ia sebagai wadah penghubung sampingan dalam dunia siber kini yang tiada sempadan.

  setiap perkara pasti ada baik dan buruknya-seharusnya bijak memilih apa yang terbaik dan singkirkan apa yang terburuk dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. isi masa lapang secara berhemah dan tidak membuang masa ibarat mencampak emas di jalanan. membazir saja kan?
**sapa yang penting, dunia maya sebagai wadah sampingan penghubung manusia, bukan mesin nadi usia yek??**





**intai segala pekerjaan yang bermanfaat.**