assalamu'alaikum . ! :)

bebunga selasih berona merah..harum wanginya citra pesona..terima kasih sudikan ziarah..walau ianya tak seindah mana..

Sunday, February 22, 2009

**baik hati hingga nafas terakhir**

``Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani``

``semasa saya membelek sebuah majalah.., saya tertarik dgn cerita ni:

**Huzaifah al-Adawi menceritakan;
''ketika berlaku peperangan di Yarmuk.., di mana kaum muslimin bertempur untuk membebaskan tanah Syam(Palestin).., sy pun berangkat mencari sepupu saya di kalangan orang2 yang cedera parah.

''di tangan saya ada sedikit air utk diberikan kepadanya kalau dia kehausan, atau untuk saya sapukan di mukanya bagi mengeringkan kepanasan hari itu. saya dapat berjumpa dengannya.., dan dia mengalami luka parah. saya pun menghulurkan air kepadanya untuk diminum. tiba2 kami terdengar suara orang mengerang kesakitan. Maka sepupu saya tidak jadi minum air itu.., malah menyuruh saya memberi orang itu minum terlebih dahulu.


'' saya pun segera pergi kepadanya dan saya dapati orang itu adalah Hisyam Ibnul 'Asy. Saya tunjukkan air itu untuk dia minum.., tiba2 terdengar pula suara orang mengerang kesakitan. maka Hisyam juga tidak jadi minum air itu dan menyuruh saya memberi orang itu minum terlebih dahulu.


"saya pergi mendapatkn org yang ketiga..,tapi malangnya dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. lalu saya segera mendapatkn Hisyam dan sepupu saya .., dan saya dapati mereka juga telah meninggal dunia.. semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh mereka.''




**p/s: adakah sy mampu utk mnjdi seseorg yg sebaik e2?? hmm..**

No comments:

Post a Comment