assalamu'alaikum . ! :)

bebunga selasih berona merah..harum wanginya citra pesona..terima kasih sudikan ziarah..walau ianya tak seindah mana..

Friday, January 21, 2011

lapangan masa, isi ke??

                                                             بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum..

semenjak menjadi "sura rumah" ni.. terlalu banyak masa lapang yang kadang kala "dibazirkan" secara tidak sengaja..* tak bermaksud hanya duduk2 ala VIP yek..huhu.. tapi.., masa itu terlalu berharga dan perlu diisi dengan lapangan kerja yang berfaedah. kalau tak, akan disoal nanti.. apa yang telah kita kerjakan semasa kita hidup, kan??

      mungkin..,sesiapa sahaja seperti saya yang meniti usia belasan tahun terakhir, agak sukar untuk mengisi masa lapang dengan sebaiknya. apatah lagi di zaman kecanggihan teknologi sekarang ini, para remaja lebih suka aktiviti maya macam  menghadap Facebook.., Twitter, Friendster dan sebagainya daripada melakukan aktiviti yang bersifat realiti yang terlalu tinggi nilai baiknya - membaca buku, berkebun dan sebagainya. sokong?? 

                                      macam ulat pc??       

saya tak nafikan., saya juga "menggilai"  aktiviti maya sebegini- chating, ber'fb'.tetapi, tidak sampai peringkat obsesi. tahukah anda, sebenarnya  ada di antara kita agak malu sekiranya ayat sebegini dilontarkan - "awak tak tahu ber'chatting' ke?"  atau "kolotnya awak., ym n fb pun tak tau pe benda'". betul tak? siapa yang mahu tertinggal dalam arus teknologi yang semakin deras bukan?  tetapi.., aktiviti maya ini tidak perlu dijamah bagaikan nasi atau umpama mesin hayat kita, sebaliknya ia sebagai wadah penghubung sampingan dalam dunia siber kini yang tiada sempadan.

  setiap perkara pasti ada baik dan buruknya-seharusnya bijak memilih apa yang terbaik dan singkirkan apa yang terburuk dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. isi masa lapang secara berhemah dan tidak membuang masa ibarat mencampak emas di jalanan. membazir saja kan?
**sapa yang penting, dunia maya sebagai wadah sampingan penghubung manusia, bukan mesin nadi usia yek??**





**intai segala pekerjaan yang bermanfaat.**