assalamu'alaikum . ! :)

bebunga selasih berona merah..harum wanginya citra pesona..terima kasih sudikan ziarah..walau ianya tak seindah mana..

Tuesday, January 13, 2015

kata-kata.

Bismillahirrahmanirrahim 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. 


A : "aaaahhh. kau pendosa. kau tahu tak apa yang kau buat tu dosaaa?!?"
jeritan kuat.
 menusuk tajam. 
merobek dalam.

B; "aaku.. akuu tersilap. tolongg aku" . tangannya menekup muka, berderai air mata. 

A: "ah, aku takdelah kawan pendosa macam kau". pandangan sinis. senyum kelat. jalannya pantas kehadapan, meninggalkan rakannya terpinga-pinga di belakang.

buntu. nafasnya seakan ternoktah begitu. 

langit indah. subhanallah :)


okay. sebenarnya perkara ini berdasarkan cerita sebenar rekaan je. takde kaitan dengan sesiapa. 
tapi, sangat dekat dengan diri kita sebenarnya. 

pelaku A : diri kita, ye, diri kita semua. 

pelaku B : seseorang yang hadir, yang kita terperasan kehadirannya dalam hidup kita. dia tersilap langkah. minta bantuan. nak sangat buang jauh-jauh perkara tak baik. nak sangat. tapi, dimarah, dilabel. 

"jeritan" : suatu lantunan suara yang kuat. dalam konteks zaman sekarang ni, yang paling superb dan hebat pantas tuntas ala boboiboy lantunan kata-kata di alam maya. secara terbuka. meluas ditatap manusia. 


dia tersilap mungkin sebab dia tak sedar itu silap. 
jadi tegurlah baik-baik (:

"aku sebagai sahabat nak nasihatkan kau. sebab tu aku buat status kat facebook tu untuk sedarkan kau."

haih. macam takde cara lain. -_-'

tapi,
 jika benar dia ingin menasihatimu, dia tidak akan mengaibkanmu.

realiti kini. 
sadis. 
menyentap jiwa.
 pendosa diherdik hina. 
seakan tidak layak lagi untuk bernyawa. 

bukankah boleh kita nasihat, sejujurnya, sebaiknya tanpa penghinaan? 

ya, marah bersederhana. marah kerana dosa(perbuatan) itu, bukan kepada pendosa (manusia). 

kita pun hamba Allah. layak ke nak judge sangat? sikit pun tak layak kot. 

tautkan hati asalmu. menyeru ke jalan Allah dengan berhikmah. 

boleh jadi apa yang kamu katakan itu menjadi penyebab dia makin jauuh, jauh dari-Nya. 

Nauzubillah.
 Ampuni kami Ya Allah Ya Rahman.



p/s : maafkan saya jika tersalah kata. tergurlah. semua nak jadi baik. sama-sama nak jadi baik. semoga Allah redha. 

*ingatan juga buat diriku yang sering terlupa T.T



No comments:

Post a Comment